Pilih bahasa yang anda kehendaki dalam senarai di bawah:

Cina - Aksara Ringkas Tagalog / Filipino Korea
Cina - Aksara Tradisional Perancis Melayu
Denmark Hebrew Portugis
Jerman Hindi Sweden
Sepanyol Itali Thai
Finland Jepun    

Pelanggan Lenovo yang dihormati,

Lenovo kini menawarkan bateri gantian secara percuma berpunca daripada pemulangan dua jenis bateri yang tiada kaitan antara satu sama lain. Sila klik di sini untuk menentukan sama ada bateri anda harus dipulangkan. Demi keselamatan umum, Lenovo akan menawarkan pelanggan bateri gantian percuma bagi setiap bateri yang dipulangkan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kedua-dua pemulangan bateri, termasuk soalan lazim (FAQ) serta sistem komputer dan nombor bahagian yang terjejas, klik di bawah.

Expand or Collapse this section Butir-butir tentang pemulangan bateri 1 Mac 2007
 
Luaskan atau Lipat bahagian ini Butir-butir tentang pemulangan bateri 28 September 2006
 
Lenovo memohon maaf atas kesulitan yang terjadi akibat masalah ini. Pengiriman produk berkualiti amat kami utamakan sejak dahulu dan tetap menjadi keutamaan kami.
divider_355x1.gif

Anda dapat menentukan sama ada bateri anda terjejas oleh salah satu pemulangan ini dengan menggunakan penyelesaian automatik kami (Opsyen 1) atau dengan memasukkan sendiri nombor kod palang bateri anda (Opsyen 2).

Kedua-dua opsyen membolehkan anda memesan bateri gantian secara dalam talian atau dengan menelefon Pusat Bantuan Pelanggan kami di kawasan anda.

Gunakan penyelesaian automatik
Untuk menggunakan penyelesaian automatik kami, anda mestilah meninjau halaman ini dengan menggunakan PC notebook ThinkPad. Jika bateri anda terjejas oleh salah satu pemulangan bateri tersebut, opsyen penggantian bateri anda akan dipaparkan.

Klik pautan di bawah bagi melancarkan penyelesaian automatik. Atau, klik arahan khas, jika inginkan arahan langkah demi langkah.

Tentukan sama ada bateri ada terjejas atau tidak Tentukan sama ada bateri ada terjejas atau tidak

Catatan:
Jika anda jalankan penyelesaian automatik sekali lagi, Bestari Lenovo Battery Program - InstallShield Wizard akan kelihatan. Arahan untuk menanggalkan dan memasang bateri
Sistem ThinkPad R51e, dan R52
Sistem ThinkPad R60, dan R60e
Sistem ThinkPad T43, dan T43p
Sistem ThinkPad T60
Sistem ThinkPad X60, dan X60s
Sistem ThinkPad Z60m
Sistem ThinkPad Z61e, Z61m, dan Z61p

Jika perlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Bantuan Pelanggan di kawasan anda.


Arahan khas bagi menggunakan penyelesaian automatik kami
  1. Cetak halaman ini supaya anda dapat mengikuti arahan sambil penyelesaian automatik dijalankan.
  2. Setelah mencetak arahan, lancarkan penyelesaian automatik.
  3. Petak amaran File Download: Security Warning akan kelihatan. Pilih Run. (Jika ingin memilih Save, anda harus catatkan lokasi tempat anda menyimpan fail itu, kemudian klik dua kali pada fail untuk melancarkannya.) Tetingkap kemajuan akan dipaparkan, menunjukkan kemajuan muat turun fail.
  4. Apabila selesai muat turun fail, tetingkap dialog akan bertanya "Do you want to run this file?" (Anda mahu jalankan fail ini?) Pilih Run.
  5. Bestari InstallShield akan dipaparkan. Klik Install untuk memasang penyelesaian automatik. Browser default anda akan dilancarkan dengan sendirinya, memaparkan halaman yang menunjukkan sama ada anda terjejas atau tidak.
  6. Tetingkap InstallShield akhir akan dipaparkan. Klik Finish bagi menyelesaikan pemasangan.

Penyelesaian automatik akan mengumpulkan maklumat yang perlu bagi menentukan sama ada bateri anda terjejas oleh pemulangan ini atau tidak. Setelah selesai tugas ini, browser default anda akan dipaparkan. Laman yang muncul akan memberitahu anda sama ada bateri anda perlu digantikan atau tidak. Jika bateri perlu digantikan, opsyen bagi menggantikan bateri akan dipaparkan.

Luaskan atau Lipat bahagian ini Arahan bagi membuang pemasangan penyelesaian automatik